Menu:

kad kredit

Picture
Rata-rata ramai yang sudah tahu, faham dan jelas apa itu Kredit Kad, saya cuma  sekadar ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan  Kad Kredit ini.

Kad Kredit juga di kenali sebagai “Plastic Money” tapi dalam bentuk hutang atau Kredit. Kita perlu memohon kepada sesebuah bank pengeluar untuk memiliki Kad Kredit. Kelulusan bank adalah bergantung kepada pendapatan kita sebulan, laibiliti kita dan sudah tentu kemampuan kita membayar balik. Memandangkan Kad Kredit adalah Kad Hutang maka setiap kad diberi Had Limit tertentu atau Had Penggunaan.

Setiap penggunaan dari Kad Kredit kita akan dikenakan interest. Cara pengiraan interest adalah berdasarkan Kadar Interest Berkala (periodic interest rate) ke atas baki akaun kita. Kadar berkala di kira dengan membahagikan Anual Percentage Rate (APR) dengan jumlah bilangan bil setahun, pada kebiasaannya 12 bulan. Jadi untuk APR 18% ditukar kepada kadar bertempoh (Period rate) adalah 1.5%. Lebih mudah,  Setiap penggunaan kad kita akan dikenakan interest biasanya pada kadar 1.5 % sebulan atau 18% setahun (1.5% x 12 bulan) keatas baki akaun kita dalam satu-satu bulan. Jadi, sekiranya kita membayar penuh terhadap jumlah yang telah kita gunakan dalam bulan itu maka tiada caj atau interest di kenakan, tetapi  sekiranya kita hanya membayar jumlah minimum daripada jumlah penggunaan kita maka jumlah baki yang tidak dilangsaikan akan di kenakan interest.

Sekiranya kita hanya membayar jumlah minium setiap bulan sudah tentulah berganda-ganda interest yang kita kena bayar kepada pihak bank setiap bulan. Ianya akan berterusan dari bulan kebulan, tahun ke tahun bahkan ada yang dah pencen hutang kredit kad pun belum habis bayar. So berhati-hatilah dan bijak dalam menggunakan Kad Kredit.

Sebenarnya, ianya bergantung kepada kebijaksanaan kita berbelanja, berbelanja hanya pada yang perlu dan benar-benar mustahak sahaja. Merancang penggunaan kredit kad agar tidak melebihi kemampuan kita sendiri.

Jenis-jenis Kad Kredit :

  • Kad Kredit Classic samada Master atau Visa
  • Kad Kredit Gold samada Master atau Visa
  • Kad Kredit Platinum
Kebaikan memiliki Kad Kredit:

  • sumber kewangan di waktu kecemasan
  • melambangkan status seseorang pemilik, semakin tinggi had kredit semakin tinggi kedudukan
  • tidak memerlukan penggunaan wang tunai yang banyak untuk berbelanja
  • diterima penggunaannya di seluruh dunia samada online atau offline
  • mudah dan senang di gunakan
Keburukan Kad Kredit :

  • Senang di guna dan senang juga di eksploitasi
  • memberi kesan negatif ke atas kedudukan kewangan pengguna sekiranya tidak bijak dalam penggunaan
  • mendidik sifat boros kepada pengguna
Di harapkan pembaca dapat memahami serba sedikit tips kewangan ini, cuma apa yang ingin di sampaikan keburukan dan kebaikan itu semuanya di tentukan oleh diri kita sendiri. Penulis hanya sekadar mencetuskan pandangan dan terpulang kepada budi bicara dan tindakan pembaca sendiri dalam membuat keputusan.