Menu:

apa itu kad debit?


Mungkin ramai yang telah mengetahui Debit  Kad , tetapi tujuan saya menulis disini adalah untuk memberi sedikit pengetahuan tentang ilmu Perbankan.
Sememangnya tak ade cara lain utk upgred di Vemma melainkan dengan Kad Kredit atau Kad Debit.

DEBIT KAD – sejenis produk kewangan yang dikeluarkan oleh Bank.

Lebih dikenali sebagai  “Plastic Money” atau “Cek Elektronik” kerana fungsinya sebagai alternatif lain sebagai pengganti TUNAI.

Kad Debit bukanlah kad hutang seperti Kredit Kad. Kad Debit hanya akan berfungsi sekiranya di dalam akaun kita ada duit. Jadi sekiranya kita nak gunakan Kad Debit, check baki adakah ia mencukupi dengan nilai barangan yang kita nak beli, sekiranya baki akaun kita kurang dari nilai barangan maka pandai-pandailah masukkan duit dalam akaun.

Memandangkan keperluan untuk menggunakan Kad Debit semakin meningkat, maka kebanyakan bank menawarkan pembukaan akaun Debit Kad dengan mudah, tak perlu lagi mengisi borang ataupun dengan waktu yang singkat kita dah boleh akaun.

Antara bank yang menawarkan Kad Debit :
#1 KAD DEBIT VISA MAYBANK ‘Cap Buah Ceri’
Picture
Di bawah ini ditunjukkan cara mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.

1. Masuk ke akaun Maybank2u anda. 
Klik di sini.

Picture
2. Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”.
Picture
3. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik “submit”.
Picture
4. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.


#2 Kad Debit EON Bank

Picture
Setakat hari ini, kad debit EON bank adalah kad debit yang paling banyak digunakan oleh ahli VeMMA untuk upgred kepada Member. Kenapa Kad Debit EON menjadi pilihan ramai?

  • Murah – Hanya perlu bayar RM8 sahaja untuk buka akaun
  • Boleh diperolehi dengan cepat – siap on the spot
  • Activation kad dalam masa lebih kurang 16 jam – maksudnya, selepas kad anda siap, anda perlu tunggu paling kurang 16 jam dulu baru boleh gunakan kad tersebut.Cara nak buat senang saja…Kunjungi EON bank terdekat dengan membawa duit secukupnya untuk upgred dan anda apply kad debit EON Bank. Bila kad dah siap, pergi ke ATM machine dan tukarkan no PIN baru anda. Jangan lupa juga register PIN untuk EON Bank online.


#3 Kad Debit Al-Rajhi

Picture
Walaupun kad debit Al-Rajhi jarang digunakan kerana masih kurang cawangan yang di buka, (baru berkembang), kad debit ini boleh menjadi pilihan untuk upgred kepada Member. Jika anda tinggal di kawasan bandar, bolehlah jumpa cawangannya. Bagaimana nak apply kad debit Al-Rajhi?

  • Pergi ke cawangan Bank Al-Rajhi dan jangan lupa bawa IC dan duit untuk upgred & lebihkan RM20. Ambil no giliran dan bila dipanggil, bagitau kaunter yang anda akan buka akaun saving biasa.
  • Tunjukkan IC, isi borang sikit (kalau tak tahu boleh tanya kaunter). Biasanya tak sampai 30 minit dah siap.
  • Dah ada akaun saving, jangan lupa untuk apply 2 benda ini pula:
  1. Kad Debit Al-Rajhi
  2. Akaun Perbankan Internet Al-Rajhi
  • Dah siap Kad Debit anda, sila ke ATM dan tukar no PIN anda
  • Kat mesin ATM, pergi ke menu lain-lain. Buat PIN request for Internet Banking. Mesin ATM akan keluarkan satu slip yang ada kod untuk anda registerkan www.alrajhibank.com.my
  • Balik rumah, buka PC. Login kat www.alrajhibank.com.my. Klik kat menu belah kanan First Time Login. Nanti anda create lah akaun anda. Jangan lupa masukkan PIN yang anda apply kat mesin ATM tadi.


#4 Kad Debit Public Bank

Picture


#5 Kad Tune Money

Picture
Ada Rakan Niaga saya yang pernah Upgred menggunakan Kad Tune Money. Kad Tune Money boleh menjadi pilihan jika anda tinggal di pedalaman dan jauh dari bank kerana Kad Tune Money boleh di apply di pejabat Pos. Kad ini lebih dikenali sebagai kad top-up tetapi ada juga yang panggilnya kad debit.

Antara kelemahan Kad Tune Money


  • Kalau nak top-up, boleh top-up kat Pejabat Pos. Tapi ambil masa sehingga 2 hari baru duit masuk ke dalan kad.
  • Tak boleh tukar nomor PIN di mesin ATM.
  • Jika nak withdraw duit, cuma boleh di mesin ATM yang ada logo PLUS sahaja.
  • Jika tak ingat PIN, kad ini perlu dibatalkan dan diganti dengan kad baru.
  • Duit yang ada dalam kad ini tak boleh transfer atau online transfer.
Itu antara kelemahan pada Kad Tune Money. Namun itu adalah info yg dulu, mngkin sekarang Kad Tune Money dah banyak perkembangan, apapun cuba dapatkan keterangan lanjut dari pihak Tune Money ye..

Banyak lagi kad debit yang boleh anda digunakan untuk upgred Vemma seperti kad debit NextG Ambank, Kad Debit RHB dan sebagainya. Cuma yang tak boleh (setakat ini yang saya tahu) adalah kad debit BSN dan kad debit Bank Islam..cubalah 21 kali pun mmg tak akan sukses sebab anda perlukan kebenaran dari pihak Bank dulu sebelum membuat proses pembelian internet..cara ini agak leceh dan lambat..tapi kalo anda rajin nak berurusan dgn pihak bankapa salahnya hehehe seeloknya pilih kad yg lain ok..




Apakah fungsinya?

Kita boleh gunakan Kad Debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan, makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online atau melalui internet.

Kepada yang biasa dengan perniagaan internet dan kadang-kadang mereka membuka akaun PAY PAL, dengan Kad Debit juga mereka boleh memindahkan baki akaun PAY PAL mereka ke akaun Debit Kad dan  kita terus boleh keluarkan wang tunai.

PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian  kad. Cuma telefon jer Bank

Transaksi Biasa: Tunjukkan Debit Kad anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad anda.

Kebaikan Debit Kad:

  • Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak untuk melakukan pembelian, Cuma pastikan akaun Debit Kad anda mempunyai baki yang mencukupi untuk satu-satu belian.
  • Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
  • Dengan Debit Kad kita berkeupayaan menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sewenang-wenangnya
  • Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan Kad Debit adalah kad ATM
  • Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna Kad Debit
Keburukan Debit Kad:

  • Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Nasihat saya, kalau kita hilang Debit Kad …terus sahaja telefon bank yang berkenaan untuk blok Debit Kad kita.
  • Kalau system offline, kita tak boleh guna Kad Debit
  • Kebanyakan bank mengenakan caj perkhidmatan tahunan kepada setiap pemegang Kad Debit tapi taklah mahal sangat dalam lingkungan RM8 ke RM12 setahun
  • Tidak semua tempat boleh digunakan.
Semoga pembaca dapat menimba sedikit ilmu dengan tulisan saya ini